Amylea - Sindarela

Sunday, July 01, 2012

On Training untuk Jadi Faci

Assalamualaikum kawan-kawan..


     Urm okay, hari ni masuk kali ke-2, aku on training utk jadi faci bagi program 'mid brain' di Shah Alam yang di train oleh makcik aku sendiri iaitu Dr. Azizah dan Dr. Farah. Program yang disertai oleh budak-budak 16 tahun ke bawah ni memang memerlukan kesabaran utk jaga diorang lebih-lebih lagi kalau ramai. Tapi papepon, this experience is very enjoyable. Tambah-tambah lagi bebudak yg join program ni, comel-comel belaka habaq hang..


     Mula-mula dulu, bebudak ni panggil aku cikgu. Cikgu Rina..cewahhh..tapi tetibe aku rasa macam aku ni tua sangat je kan..haha. So, aku suruh diorang panggil aku akak jee. Kak Rina..hah kan comel jeh bunyinya..tak gitu..? hakhak..;p


     Macam-macam aktiviti yang dijalankan utk mengaktifkan otak tengah dengan menggabungkan sel-sel otak melalui Islamic ways terutamanya. Selain itu, dengar instrumen muzik sambil merehatkan otak, pasang any song yang menaikkan semangat. Next step, cuba bawa cahaya dari lampu ke dalam otak. Tutup mata, dan cuba teka warna atau nombor berapa sesuatu barang tu. 


     Contoh, kertas warna, straw, bola, kad bernombor or anything menggunakan deria rasa, bau, penampakan cahaya atau instinct dengan mata yang bertutup. Bila seseorang budak tu dapat teka segala perkara yang asas ni, so dia boleh teruskan next step. Antaranya, membaca buku, membaca sms, teka gambar dan seumpamanya yang mempunyai perkataan dan gambar, teka nombor siri pada duit, dan berbasikal dengan keadaan mata yang bertutup..


Itulah serba sedikit perkara yang diajar supaya adik-adik dapat mengaktifkan otak tengah..^_______^

aku dan adik sedare..:)