Amylea - Sindarela

Saturday, September 08, 2012

Antara Tugas Sebagai Pelajar Teater Semester 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Okay, hari ni aku kembali menulis blog setelah beberapa minggu bizi dengan assignment yang bertimbun-timbun sehingga membuatkan aku sendiri menjadi seperti zombie, zombie, zombie. =_____+"


Alhamdulillah, aku n da geng berjaya menyiapkan assignment itu dan telah selamat sampai kepada lecturer yang disayangi.


Hari Khamis dan Jumaat baru-baru ni, kitorang budak-budak teater telah menghadiri pementasan teater sebagai salah satu sesi pembelajaran. Antaranya :



Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka 




Barisan pelakon yang terlibat...


Anas Ridzuan


Fazleena Hishamuddin


Karl Shafek

Ameera Ramly

lecturer kitorang masa semester 1 yang juga pengarah teater ni.. (Sir Fasyali Fadzly)


Sinopsis

Mengisahkan empat sekawan yang sangat akrab. Agus mendapat berita gembira untuk menjalankan tugas di luar negara. Walaubagaimanapun, dia perlu menyelesaikan hutang PTPTN terlebih dahulu. Dengan meminjam daripada keluarganya yang berada, dia akan membayar sebahagian daripada hutangnya untuk membolehkan dia ke luar negara.

Berita gembira ini disambut oleh tiga rakannya yang lain iaitu Anuar, Fara dan Huda. Mereka semuanya gembira dan menggunakan sebahagian wang yang dipinjamkan oleh keluarga Agus untuk mengadakan sedikit jamuan meraikan berita gembira ini.


Pada hari untuk membayar hutang, Agus kehilangan duitnya. Dia tidak pasti di mana dia meletakkan duitnya itu.Duitnya disyaki hilang. Masing-masing mula menuduh Nuar, Fara dan Huda mula menunjukkan perangai masing-masing. Persahabatan mereka mula terjejas akibat salah sangka di antara mereka. 



Walaupun teater ni tak sehebat teater '1 Plastik Hitam' macam sebelum ni, tapi teater ni juga layak diberi pujian atas garapan yang kemas dan lancar untuk jalan ceritanya. Dan, teater ni penuh dengan nilai moral yang positif tentang kawan-kawan kita yang juga sebahagian daripada hidup kita.



hari jumaat pulak, turn untuk tengok teater Lagenda..



Teater Lagenda ini merupakan gabungan empat buah cerita daripada hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diubahsuai dan diberi nafas baru dalam bentuk pementasan pentas. Antara ceritanya ialah Ibu Mertuaku Episod 1, Keluarga 69, Musang Berjanggut dan Ali Baba Bujang Lapok.



Teater Lagenda, sebuah lagi projek Fakulti Filem, Teater dan Animasi daripada UiTM Puncak Perdana. Bagi pelajar Diploma semester akhir jurusan seni pengurusan, mereka wajib mengadakan satu pementasan teater bagi penilaian akhir mereka. http://sangartisanproduction.blogspot.com/


Berikut merupakan senarai pakej yang ditawarkan :



Pakej A : RM 15 per show ( Single )
Pakej B : RM 25 per show ( Couple )
Pakej C : RM 30 per show ( 3 person )
Pakej D : RM 28 all shows ( Single )
Pakej E : RM 28 per show ( Family - 2 Adults + 2 Childs )
Pakej F : RM 8 per show ( Secondary School )


Okay, sekarang dah lega bila banyak tugasan dapat diselesaikan termasuklah menghadiri pementasan teater untuk menyokong, di samping dapat mempelajari lebih banyak lagi tentang lakonan.

Walaubagaimanapun, tugasan kitorang yang selanjutnya masih belum selesai selagi belum berakhirnya final exam untuk semester 2 ni. Sekarang, kitorang kena fokus dan bekerja lebih keras lagi untuk final exam bagi subjek acting --> teater XPDC dan vokal --> mini teater muzikal dalam masa yang terdekat ni. 

Bagi subjek acting, aku iaitu Rina Kifley, insyaAllah akan melakonkan watak sebagai minah Jawa iaitu Odah yang sangat banyak cakap dan kecoh. Manakala untuk subjek vokal, aku akan melakonkan watak Lia iaitu seseorang yang sanggup memendam perasaan cintanya terhadap seorang lelaki yang juga insan yang dicintai oleh teman baiknya sendiri dan akan menyanyikan lagu soprano by Mochtar Embut yang bertajuk Senyuman Dalam Derita dan lagu moden, Hanya Ingin Kau Tahu by Republik. 

Selain itu, aku juga kena get ready untuk miming dalam shooting bagi lagu Where'd You Go by Fort Minor. Shooting ni pulak untuk assignment kawan aku, yang mengambil bidang yang sama dengan aku tetapi dalam bahagian Lakon Layar (Skrin). So, doakan yang terbaik untuk kami yer kawan-kawan.....


BERSEDIA UNTUK TUGASAN YANG BARU SEBAGAI SEORANG PELAJAR TEATER...^_____^