Amylea - Sindarela

Saturday, September 22, 2012

Kegembiraan Yang Mengiringi

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian...^_____^

Syukur alhamdulillah. Akhirnya, selesai sudah pementasan teater untuk final exam bagi kelas Advance Acting yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar teater semester 2. Tahniah kat kawan-kawan yang berjaya mempersembahkan lakonan teater mereka dengan jayanya.

Tahniah dan terima kasih jugak diucapkan kepada group Teater XPDC kerana berjaya menghidupkan setiap watak dalam teater ekspedisi yang berkonsepkan komedi ini dengan penuh kesungguhan.

Fuhhh! Lega sangat rasanya bila dah selesai berlakon. Ringan jugak beban yang ada ni. Buat pertama kali dalam hidup, aku rasa gembira sangat masa berlakon sebab respon yang penonton bagi masa dan lepas lakonan, sangat sangat sangat di luar jangkaan.

Mula-mula dulu, risau jugak la kitorang sebab takut tak berjaya nak bawa cerita yang berunsurkan komedi ni. Yela, bukan senang nak buat orang ketawa. Then, masa berlakon, kitorang mampu berserah dan berusaha untuk lakukan yang terbaik. Kalau lupa dialog pun, kitorang spontan je kat depan tu. Alhamdulillah, sepanjang teater XPDC berlangsung, studio riuh dengan gelak tawa penonton daripada mula sampai habis. Sampai aku pun terpaksa tahan gelak dan muka pun macam orang yang tengah meneran je. Hahaha ^_________^"

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bekerjasama dalam menjayakan Teater XPDC.

Watak-watak dalam teater XPDC...


Izat Ajistar sbg Kapten


Fahmi Harun sbg Tukang Kipas


Apis Sid sbg Sam


Rina Kifley sbg Odah


Atika Kasuma sbg Bunga

Zalikha Yuzaily sbg Zack



Kapten
     Seorang kapten yang lembut tetapi tegas. Walaubagaimanapun, dia tetap seorang yang cuai dan tidak peka terhadap ahli-ahli kumpulan yang menyertai ekspedisi. Kapten juga seorang yang keras kepala dan tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Tukang Kipas
     Manusia yang suka mengampu. Suka bodek dan sentiasa mengikut ke mana sahaja Kapten pergi. Kadang-kadang bersikap seperti lalang. Kelihatan seperti bodoh alang tetapi sebenarnya dia seorang yang bijak.

Sam
     Suka berlagak macho tak kira tempat. Diminati oleh Bunga yang hanya bertepuk sebelah tangan. Dia juga sudah lama menyimpan rasa tidak puas hati terhadap Kapten yang lembut dan akhirnya melepaskan geram dengan menumbuk Kapten sehingga pengsan.

Odah
     Seorang minah Jawa yang banyak cakap dan kecoh tetapi penakut. Kawan baik kepada Zack. Odah telah menimbulkan rasa tidak puas hati Bunga apabila dia terpeluk tangan Sam disebabkan rasa takutnya yang keterlaluan hanya disebabkan ranting jatuh.

Bunga
     Seseorang yang sangat mementingkan kecantikan tidak kira di mana jua walaupun di dalam hutan. Sangat meminati Sam dan sentiasa berusaha untuk merapatkan diri dengan Sam walaupun sedar dirinya hanya seperti menanti buah yang tidak akan gugur.

Zack
     Berpewatakan seperti tomboy tetapi hakikatnya dia masih seorang perempuan yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan. Berkawan rapat dengan Odah hingga ia menimbulkan spekulasi bahawa Zack mempunyai perasaan terhadap Odah.


Teater XPDC

     Mengisahkan sekumpulan pelajar yang sedang dalam persiapan pulang daripada menyertai ekspedisi.  Tidak lama kemudian, terdapat satu masalah besar yang menjadi persoalan pada perkembangan cerita ini. Seorang ahli hilang? Ke manakah orang itu? Kelalaian Kapten yang menjadi penyebab kepada masalah ini sehingga ia menyebabkan kemarahan setiap ahli kumpulan terutamanya Sam. Konflik-konflik yang timbul dalam kalangan ahli ekspedisi dan cara penyampaian persembahan oleh setiap watak menghidupkan lagi jalan ceritanya. Pelbagai adegan lucu yang akan membuatkan para penonton tidak kering gusi dan meriuhkan lagi suasana dengan gelak tawa apabila menonton teater ini. 


Selain itu, terima kasih jugak kepada seorang senior yang sudi membantu untuk menjaga audio dan lighting sepanjang teater ini berlangsung.

Aliff Yasraff Mazri


Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah iaitu Puan Amy, senior-senior, dan kawan-kawan yang banyak membantu dalam memberikan pendapat serta komen yang memberikan kami peluang dalam memperbaiki lagi mutu lakonan dan cara penceritaan.



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK