Amylea - Sindarela

Wednesday, November 20, 2013

Tentang Rasa

Salam,

Satu lagi hari yang perlu kita lalui,
Membuatkan kita mengenangkan hari-hari yang telah dilalui,
Berfikir-fikir apa yang bakal dilalui pada hari yang akan kita lalui,
Yang sudah tercatat laluannya pada hari esok, lusa, sampai bila-bila.


Sesuatu yang dirasakan,
tidak semestinya sesuatu yang patut kita rasakan.

Rasa itu tidak seharusnya dipersalahkan,
Kerana mungkin kita yang salah mentafsirkan rasa itu.











Jangan meminta. Jangan mengejar. Jangan mencari. 
Biarkan rasa itu hadir sendiri.
Hiburkan ia dengan keikhlasan hati.
 Agar dua jiwa kekal abadi.