Salam,
Alhamdulillah, sekali lagi dengan jayanya aku dapat mengharungi
semester yang semakin menguji tahap kesabaran aku. So far, semester 4 sangat ekstrem
dan menggerunkan bagi student teater UiTM Puncak Perdana.
Jatuh bangun, perkara biasa bagi setiap orang. Tapi, kalau
asyik jatuh je, penat jugak. Alang-alang dah jatuh tu, baring je terus. Esok baru fikir nak bangun ke tak.
*rasa macam pernah je praktikkan perkara-perkara sebegini.
-_-
Okay, cuba bayangkan. Kawan-kawan lain, last paperrrr 2 Oktober.
Lepas tu, dengan penuh rasa bangga, mereka menyanyikan lagu Balik Kampung tanpa
sikit pun rasa simpati dengan budak teater yang last examnya, 7 Oktober. Apapun,
tak boleh salahkan diorang kerana bersikap sedemikian rupa. Kita sebagai manusia,
kena belajar untuk redhooo.
Antara subjek yang memberi kami lebih masa dan peluang untuk menyemai rasa
cinta terhadap hostel dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya :
ASAS PENGARAHAN
Talent untuk subjek part 3 yang membawa aku, Aju, Sue, dan Syakir kembali ke pentas lakonan setelah lama tak berlakon. Amboi ayattt, tak nak retiss lagi?
Diarahkan oleh pengarah bersama iaitu Merza dan Sid.
Kalau diikutkan, dialog kitorang dalam lakonan dengan dialog asal dalam skrip, BERBEZA. Diulang, BERBEZA. Ulang lagi, BERBEZA.
Ditambah-tambahkan dialognya mengikut kreativiti Si Pengarah sehingga menjadi cerita komedi yang berjaya membuat orang ketawa daripada mula sampai habis. Tahniah buat pengarah muda kita.
VIDEO ASAS PENGARAHAN TEATER
PERGERAKAN KREATIF
Berdasarkan hasil temu bual bersama lecturer iaitu Puan Dayang, dia kata kitorang merupakan first batch yang buat pembelajaran di luar kelas. Lawatan sambil belajar ke Taman Botani Shah Alam.
Kat situ, kitorang kena observe setiap apa yang ada dan pilih satu benda untuk dijadikan rujukan bagi pergerakan dalam tarian. Antara yang dipilih adalah akar, creepers, semalu, serai, burung kakak tua, swan, dan rusa.
Bagi final exam, lecturer pilih tarian akar, burung kakak tua, dan rusa untuk ditarikan. Walaupun agak letih dengan latihan yang banyak, jiwa keseronokan masih terserlah.
VIDEO TARIAN PERGERAKAN KREATIF
Group Akar
Group Burung Kakak Tua
Group Rusa
TEATER KANAK-KANAK
Aku sebenarnya kurang mengerti kriteria apa yang ada dalam diri aku sehingga menjadi calon yang terpilih untuk membawa karakter Ibu Ayam. Kadang-kadang aku bermonolog sendiri, "Muka aku macam ayam ke, ke macam mana ke?, atau mungkin aku bersifat keayaman?", tanya ayam kepada dirinya sendiri.
Macam-macam dugaan untuk kitorang teruskan teater ni. Lepas satu, satu lagi masalah datang. Lepas satu lagi datang, dua pulak datang. Lepas dua, tiga pulak. Memang muka kitorang ni seru masalah agaknya.
Apapun, semuanya berjaya dilaksanakan walaupun kurang sempurna, kitorang dah buat yang terbaik. Daripada pukul 6 pagi, kena berkumpul, pergi sekolah, settlekan set prop dan kostum, ada bengkel dengan budak-budak sekolah, main theatre games, huhahuha sana sini, memang perkara yang sangat memenatkan.
Teater kanak-kanak berkali ganda penatnya dan salah satu faktor, kena berinteraksi dengan budak-budak yang sangatlah peramahnya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup datang sekolah untuk tengok kitorang perform. TERHARU. Diulang, TERHARU.
Teater kanak-kanak berkali ganda penatnya dan salah satu faktor, kena berinteraksi dengan budak-budak yang sangatlah peramahnya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup datang sekolah untuk tengok kitorang perform. TERHARU. Diulang, TERHARU.
VIDEO TEATER KANAK-KANAK
TEATER KLASIK
Kelas ni santai. Tak sesak kepala otak. Cuma, belajar pasal tokoh-tokoh dan sejarah membuatkan otak aku bergelumang dengan keserabutan. Oh sejarah, engkau mempunyai fakta yang menarik. Akan tetapi, aku tak pernah tertarik untuk mencintai kau. Fahamilah. -_-
Satu benda yang aku suka dalam teater ni, aku jadi seorang yang serius dan dapat berdialog dalam bahasa baku. Terasa macam diri berada dalam zaman kegemilangan Saloma. Acah-acah I'm Legend gituu.
GROUP A
TEATER EKSPERIMENTAL
Masa mula kelas ni dulu, kitorang kena buat warm up selama dalam lebih kurang satu jam sebelum belajar. Bayang eh, kelas 3 jam, 1 jam daripada tu, untuk warm up je. Warm up yang diajar pulak bukan macam biasa kita buat. Kalau nak rasa sakit-sakit tulang belakang, siku, kepala lutut bagai, jemputlah ke kelas kami. Latihan ketahanan fizikal katanya. Ketahanan. Memang boleh tahanlah.
Bestnya eksperimental ni, teater yang menolak realism. So, buatlah apa pun, orang tak kata salah sebab setiap apa yang dibuat adalah eksperimental. Yakin boleh!
And for the final exam, lahirlah teater eksperimental Mak Yong yang dieksperimenkan di gelanggang badminton.
VIDEO TEATER EKSPERIMENTAL MAK YONG
Selesai sudah final exam Teater Eksperimental
Kelas ni tak semudah yang disangka rupanya. Banyak benda kena belajar. TEORI dan PRAKTIKAL. Sambil berteori, sambil berpraktikal. Menari sambil menghafal.
Tapi, dalam banyak-banyak subjek, aku paling enjoy dalam kelas ni. Sebab, aku suka menari. So, bila aku menari, hentamlah step betul atau salah pun, janji dapat release tension. Lompat sana, guling sini, rasa macam terbang di awangan pulak. Hilang sekejap segala masalah. Puhh semangat kot, semangat semangat.
Kat bawah ni gambar masa latihan dan lepas exam. Penat macam mana pun, muka tetap ceria. Itu yang penting. Hidup ceria lebih bermakna.
Masa latihan dalam kelas
Lepas habis Final Exam
BANYAK PERKARA YANG BERLAKU SEPANJANG SEMESTER 4. SEMOGA SEMESTER HADAPAN MEMBERI LEBIH BANYAK MAKNA BUAT AKU AGAR IA DAPAT DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.