Amylea - Sindarela

Friday, July 13, 2012

Konsert DIR

salam.....

okay ni yg cheq nak habaq mai ni..

baru-baru ni, kitorang bebudak teater pergi konsert DIR sempena mengingati arwah Sudirman..
motif kitorang pergi konsert ni bukan semata-mata utk attendance kelas vokal je..
tp, kitorang dpt belajar dan lebih faham APA ITU VOKAL..
lepas tu kitorang kena buat report..
personally, aku rasa konsert ni TERBAEKKK..!!
tambah-tambah lagi, lecturer vokal aku yg perform..AKU SUNGGUH TERPEGUN..!!
suara dia mmg terbaekkk..!! cayalah..
SAYA SAYANG LECTURER SAYA..!!

bila on the way balik pulak,
budak-budak teater mcm kena sampuk wa cakap lu..
masing-masing bervokal..nyanyi..guna suara soprano bagai..
dalam bas pulak tu..memekak je..haha
penat mmg penat la..
tapi seriously aku rasa happy gilerrr..!! ^_____^

mereka..

Theatre Students

 Koir Kebangsaan Malaysia

sepanjang persembahan berlangsung..








dari lensa kamera..


 Faez

Amirul

 Nora

Fahmi

Baby

Alya

 Mel

Kaseh

Hani

kami TEATER...

duta Biore White yg baru..haha

 untung la tangkap gambar..

secocoknya baju..Fahmi + Hani

 konsert DIR

 bajet Ombak Rindu je..

 waa retis gitu..

apakah..??

hambek kau depan spotlight..

diva..

 antara jelitawan teater..

bercanda di tepi tangga..

bersama lecturer kesayangan kami..

mereka memang gila lensa..

 culik Lan (Azlan & The Typewriter) sekejap..hehe


ANTARA KEBIZIAN KITORANG SEMESTER NI...^_____^















Sunday, July 01, 2012

On Training untuk Jadi Faci

Assalamualaikum kawan-kawan..


     Urm okay, hari ni masuk kali ke-2, aku on training utk jadi faci bagi program 'mid brain' di Shah Alam yang di train oleh makcik aku sendiri iaitu Dr. Azizah dan Dr. Farah. Program yang disertai oleh budak-budak 16 tahun ke bawah ni memang memerlukan kesabaran utk jaga diorang lebih-lebih lagi kalau ramai. Tapi papepon, this experience is very enjoyable. Tambah-tambah lagi bebudak yg join program ni, comel-comel belaka habaq hang..


     Mula-mula dulu, bebudak ni panggil aku cikgu. Cikgu Rina..cewahhh..tapi tetibe aku rasa macam aku ni tua sangat je kan..haha. So, aku suruh diorang panggil aku akak jee. Kak Rina..hah kan comel jeh bunyinya..tak gitu..? hakhak..;p


     Macam-macam aktiviti yang dijalankan utk mengaktifkan otak tengah dengan menggabungkan sel-sel otak melalui Islamic ways terutamanya. Selain itu, dengar instrumen muzik sambil merehatkan otak, pasang any song yang menaikkan semangat. Next step, cuba bawa cahaya dari lampu ke dalam otak. Tutup mata, dan cuba teka warna atau nombor berapa sesuatu barang tu. 


     Contoh, kertas warna, straw, bola, kad bernombor or anything menggunakan deria rasa, bau, penampakan cahaya atau instinct dengan mata yang bertutup. Bila seseorang budak tu dapat teka segala perkara yang asas ni, so dia boleh teruskan next step. Antaranya, membaca buku, membaca sms, teka gambar dan seumpamanya yang mempunyai perkataan dan gambar, teka nombor siri pada duit, dan berbasikal dengan keadaan mata yang bertutup..


Itulah serba sedikit perkara yang diajar supaya adik-adik dapat mengaktifkan otak tengah..^_______^

aku dan adik sedare..:)

Friday, June 08, 2012

Bermula hari Baru

assalamualaikum...^_____^


tik tok tik tok..waa cepatnya masa berlalu..pejam celik celik, pejam celik celik, dah nak masuk sem 2 dah..bermula lagi hari baru..urm, okayy barang satu hapa pon tak kemas lagi..hari ahad dah vroom vroom balik ke kolej..haha bajet macam jauh je kolej tu kann..dapat jumpa kawan-kawan lagi dan JUNIOR baru..uih berdebar-debar plak rasanya..hakhak gedik la pulekk..


aku rasa,


happy...

excited !!

cemas pon ada gak..haiyakk


ish rasa macam nak jerit jeh..

<--- macam ni                     

 ataupun,



macam ni..? --->


hurm, perasaan bercampur-baur..

papepon,
~ aku tetap semangat utk tempuh sem baru..
~ akan berusaha utk dapatkan pointer yg lebih baik..
~ belajar utk jadi orang yg lebih baik drpd sekarang..




UiTM di Hatiku


Tuesday, June 05, 2012

Rasaku Hatiku

okay..dah genap umur aku 19 tahun..waa dah semakin dewasa la..kawan-kawan pulak suruh aku kahwin..boleh pulak kann..calon pon takde..haha..belum tiba masanya..mak aku suruh aku belajar sampai PHD, baru boleh kahwin..okay, tu memang dlm satu jangka masa yg agak lama..tapi pape pon, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan..ye dak..?? ecewahhh dramatiknye aku hari ni..


bila dah sambut befday, happy la..sambut hari lahir la katakan..tapi, rasa macam sedih pon ada jugak..kenapa eh..?? rasa agak terkilan kat dlm jiwa ni..amboi..haih, entah la yob..ada something yg tak menyenangkan rasanya..hurmm


0kayy chill la rina..wanita brutal macam aku ni mana boleh sedih kan..?? tak macho langsung..jatuh saham..hakhak..kena kekalkan jiwa kental ni..tak payah nak tangkap syahdu sangat la...=_____=


urm, mesti dapatkan balik semangat ni..!!


 dah tak perlu nak termenung sangat la.. 


 mengamuk..?? p0n tak payah..buang masa jerr.. 


 ataupun, ajak adek aku yg muka c0p gengster ni utk pergi hentam org..?? 0h tidakk.. 


 apa yg penting, berdoa yg terbaek jeh.. 


 agar hidup happy selalu..!! ^_____^ 



APA YG AKU RASA, BIAR AKU SORANG JE YG TAHU...

Friday, May 18, 2012

Layan Perasaan La Pulekkk



assalamualaikum dan selamat lagi sejahtera...


0kay hari ni aku merasakan jari-jemariku agak rajin utk menaip..s0, tempat yg paling efisyen utk aku tuk tak tuk tak opkos la kat dalam blog aku yg simple lagi sederhana ni..amboi, agak tenang aku meluahkan kata bicara pada tengah malam blind ini..


topik hari ini,
--> kasih sayang (amboi)..


~ sebelum tu, bukan kasih sayang daripada jejaka idaman malaya ke apa ke apa ke..
~ juga tidak melibatkan kasih sayang family yang memang sedia ada..
~ malah bukan persahabatan yang dimaksudkan di sini..


tetapi, ia melibatkan calon-calon yang tak tersenarai dalam top 3 di atas..
sape..?? sesape sahaja yang pernah membuatkan diri ini rasa disayangi (ayat hancur)..


tak kisah la sape-sape pon sbb tu bukan perkara utama yg aku nak cakap kat sini..tu baru intro jeh..


hari ni, 18 MEI 2012, aku sedar 1 perkara yg aku rasa tak berbaloi utk dijadikan masalah..


aku sedar,
~ aku hilang kasih sayang daripada orang ni, aku masih ada kasih sayang daripada orang lain..
~ aku hilang sokongan daripada orang ni, aku masih ada ramai orang yg tetap menyokong aku..
~ aku hilang kepercayaan daripada orang ni, masih ramai insan yg tetap percayakan aku..




BETAPA PENTINGNYA KESEDARAN INI UNTUK DIRI AKU...ALHAMDULILLAH



tengah elok-elok layan perasaan, tetibe terlintas pulak lagu merisik khabar yg dinyanyikan semula oleh Akim dan Nurfarah Nazirah dalam filem Hoore! Hoore!..dan secara tak langsung, aku pon menggedik nak nyanyi jugak dengan suara yg agak mirip dengan katak puru puru..haha






ong kedek kedek ong kedek kedek..
pape pon, aku suka giler lagu tu..begitu menyentuh perasaan wa cakap lu..
fahamilah aku bila kejiwangan aku menyerlah yer..hemo hemo




ALLAHYARHAM SUDIRMAN DALAM KENANGAN


Friday, May 04, 2012

Hari Bahagia Mereka



 assalamualaikum semua semua semua... 


0kay hari ni baru dapat peluang untuk mengadap laptop ni balik..almaklum la, 3, 4 hari ni sibuk dengan persiapan untuk kenduri abang sedare..fuhhh penat jugak la satu isi rumah bertungkus-lumus menjayakan majlis..waa gitu..yang tak boleh blahnya, aku calon yang terpilih untuk jadi pengapit..haha..kelam kabut aku dibuatnya..first time kot..tak reti aku..tak pernah-pernah aku kaji macam mana kerja pengapit..haiyakkk..lagipun, aku ni pemalu orangnya (kononnya la)..tapi atas permintaan abang sedare aku selaku pengantin, aku pun pasrah jela (cehhh padahal memang nak ponnn)..=_____="


 antara kenangan kitorang pada 29 April 2012.. 


 selamat, pengantin baruuu..pam param pampam 

 ini pulak pasangan pengapit yang bertauliah 

 hah tengok..yang penting kat sini cuma pengantin jeh..so, pengapit di colourless kan sekejap 

 bergambar la sekejap kan..mana la tau turn aku pulak pasni..agegege 

 antara ahli tuan rumah (pengantin lelaki) 

 ni pulak belah pengantin perempuan 


 okay tak lupa jugak kepada anak-anak yang turut memeriahkan majlis.. 

 tira, kak teha, ina, mira 

 ina, mira, fiza, ayu 

 adoy balik-balik muka kitorang berdua..bosan aku..bersama kawan-kawan si tira ni hah 


setelah sepanjang hari berpenat-lelah, aku, mira, kak teha dan along pergi la berphotoshoot..sambil-sambil amek udara yang segar lagi nyaman kat kampung ni..


 yaw..hah amek kau 

 kononnya gadis pujaan malaya laaa 

 okay tukar style perempuan melayu terakhir derrr 



 inilah antara kenangan 2012 yang sangat bermakna bagi kami sekeluarga..alhamdulillah..^_____^