Amylea - Sindarela

Saturday, April 13, 2013

Semester 3 Melabuhkan Tirai



Salam,

Alhamdulillah, sem 3 dah pun berlalu. Finally, aku berjaya harungi banyak rintangan yang hampir buat aku jatuh di pertengahan. Terima kasih yang tak terhingga dekat kawan-kawan yang banyak bagi sokongan, yang sentiasa ada dengan aku tak kira aku jatuh, bangun, terlentang, tergolek, terhantuk, dan sebagainya.


Sem 3

Macam-macam perasaan yang tak terhingga dapat aku rasa.
-gembira
-sedih
-kecewa
-bangga
-excited
-terkilan


Dan yang paling tak boleh belah adalah bila aku rasa :

NERVOUS --> especially bila nak buat performance.

Oh nervous, engkaulah masalah aku yang terbesar dalam dunia. Sebab kau, aku jadi orang tak betul. Betapa hebatnya kekejaman kau. Aku tak mampu untuk menentang. Alangkah lembiknya aku.


- Terima kasih dekat audiens yang datang masa budak-budak teater perform.
- Kami sangat-sangat menghargai sokongan anda.
- Terutamanya dekat kawan-kawan yang sanggup luangkan masa tengok persembahan kitorang yang takde hebat mana pun.
- Pasal engkau kawan, nervous aku kurang. Nyah kau nervous!
- Oh kawan, kalaulah korang tahu, koranglah kekuatan aku sebenarnya.



4 daripada 9 subjek yang paling mencabar sem ni :

     1)     Asas Anatomi dan Biomekanik

Encik Syed Mustapha


Kelas ni sangat memenatkan sebab hampir setiap minggu kitorang ada jogging sebagai salah satu daripada latihan fizikal sebelum menari. Bila masuk kelas, lepas habis stretching segala bagai, kitorang start berlatih menari dengan lagu yang dikoreograf oleh lecturer kitorang sendiri iaitu Encik Syed. Kelas ni sangat happening, aku rasa happy sangat bila masuk kelas ni sampai terlupa segala masalah yang membebankan.


Mid Term Exam

Kitorang kena menari secara berkumpulan. Group A dan B.

Group A - Lagu ‘Mana Dia’ daripada teater ‘The Secret Life of NORA’.













Group B – Lagu Opera dan Diva Dance.











Final Exam

Persembahan Solo
-Koreograf lagu yang dipilih oleh Encik Syed.

Antara lagu yang dikoreograf :

Ashraf Rodzi (My Immortal - Evanescence)


Fahmi Harun (Perjalanan - Ramli Sarip)


Faez Mansur (Dealova - Once)


Farul Rafiq (Mentera Semerah Padi - M.Nasir)


Hanis Syazrina (Patah Seribu - Shila Amzah)


Fitry Ranial (Jai Ho - Pussycat Dolls)


Ika Sofea (Elegi Sepi - Azharina)


Izat Ajistar (Warisan - Sudirman)


Raja Mohd Fiqri (Single Ladies - Beyonce)

Rina Kifley (Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar)


Melania Dumis (Jahat - Stacy)




2)     Tarian Tradisional

Madam Dida Mallik



Kelas ni pulak, kitorang belajar pasal tarian tradisional. Masa ni la aku kena melenggokkan tangan selenggok-lenggoknya. Wah! Bukan senang nak tengok aku jadi perempuan Melayu terakhir ni.

Mid Term Exam
Kitorang dapat assignment pasal Tarian Dabus dan Tarian 1 Malaysia. Then, kena create step untuk Tarian Dabus berdasarkan Tarian Dabus yang sebenar dan koreograf Tarian 1 Malaysia. Semua ni performance secara berkumpulan.




Final Exam
Menari secara berpasangan dalam 1 kumpulan. Diajar stepnya oleh lecturer sendiri iaitu Madam Dida. 2 tarian Inang iaitu Inang Istana dan Inang Kelantan. Pasangan aku dalam kedua-dua tarian ni ialah Amirul, Sid, dan Fahmi.


Ashraf Rodzi


Apis Sid


Fahmi Harun




     3)      Asas Pengarahan


Sir Mazlan Tahir


Di bawah pimpinan Sir Mazlan, kitorang belajar asas-asas untuk menjadi seorang pengarah teater. Memang bukan senang sebenarnya untuk jadi seorang pengarah. Banyak benda kena fikir, kena kaji, kena kreatif, kena peka, dan sebagainya. Fuh! Memang menuntut kesabaran walaupun baru asas.

Final Exam
Melalui skrip 1400 karya Noordin Hassan, secara berkumpulan, kitorang sebagai pengarah bersama harus mengarah sebuah cerita yang dilakonkan oleh budak teater part 2.
Terima kasih dekat talent kitorang yang berusaha memberikan persembahan yang terbaik masa final exam ni. Kitorang dinilai daripada aspek pengarahan dan diorang pulak dinilai daripada aspek lakonan.

Talent untuk group 1400



Lilis


Neo


Zifa

Budak part 2, tidak dinafikan most of them memang pandai berlakon. Wah! Aku puji ni. Ada group yang berjaya bawak cerita genre komedi dan terima kasih kat korang sebab buat aku ketawa tak ingat dunia daripada mula sampai habis. Oh! Terbelit-belit otak aku.




     4)      Pemikiran Kreatif dan Kritis


Encik Azhari Zain

Kelas ni menggabungkan semua course dekat FiTA macam skrin, writing, teater, dan management. Kelas ni mengajar kita untuk mencari idea untuk menyelesaikan sesuatu perkara secara kreatif, menuntut kita untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ketika mencari kaedah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dipimpin oleh Bro Zack dan Abang Lan.
Final Exam
Dalam kumpulan seramai lebih 20 orang, kitorang kena buat 1 persembahan yang boleh dikatakan WOW masa final showcase. Diketuai oleh Raja Mohd Fiqri dengan nama group sebagai The Wulan, kitorang setuju untuk mengadakan persembahan stomping dengan menggunakan barang-barang kitar semula seperti bekas cat, tin minuman, tong air, botol kaca, tong sampah, dan kayu untuk dijadikan alat muzik.

The Wulan (Stomping)


Masa sem 3 ni banyak sangat masalah peribadi yang mengganggu. Aku tak cukup kuat untuk hadapi semua ni. Tapi, dengan adanya banyak assignment, banyak kelas, banyak performance, segala masalah tu lenyap, lenyap, dan lenyap. Sebenarnya aku lupa, aku ada kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku dan tanpa aku sedar, aku senyum sebab diorang. Aku ketawa, sebab diorang. Dioranglah yang melenyapkan masalah tu sebenarnya.
Sepanjang aku belajar dari sekolah tadika sampai masuk U, kehidupan sekarang ni yang membuatkan aku rasa sangat-sangat bahagia. Sebab aku belajar sesuatu yang aku minat daripada kecik, aku belajar dalam kelas teater yang sangat happening dan sengal walaupun kadang-kadang ada jugak gaduh macam budak-budak, dan yang paling penting, aku ada kawan-kawan yang gila tak kira lelaki ke, perempuan ke, semuanya sama. Termasuk aku. Aku gembira. Aku ikhlas.


KENANGAN INDAH BARU SAJA BERLALU. TAPI AKANKU PASTIKAN KAU AKAN SENTIASA SINGGAH DALAM MEMORI KEHIDUPAN AKU TAK KIRA WALAU JAUH MANA PUN KAU PERGI.





Friday, October 12, 2012

Selesai Sudah Final Exam Semester 2

Assalamualaikum semua semua semua...^________^

Rasa lega sangat bila final exam untuk theatre student bagi semester 2 melabuhkan tirai bila exam untuk basic make up telah diselesaikan dengan penuh jayanya..hehe


Masa exam untuk make up karakter tu, macam-macam rasa ada. Rasa happy (walaupun pada hakikatnya takde feel ponnn), rasa sedih sebab pisah dengan kengkawan (cehhh untuk sebulan lebih jerrr), rasa berdebar sebab nak cari kerja baru (untuk isi masa lapang kannn), dan segala rasa yg menyentuh kalbu la kiranya..


Kitorang semuanya make up dengan penuh semangat sebab... nak balik awal..hahaha


Tugas yg diberi adalah 'trans gender'. Maksudnya pertukaran jantina. Kalau lelaki, jadi perempuan. Dan kalau perempuan, make up jadi lelaki lah.


Masa tu, rasa kelakar gila. Riuh satu kelas dengan gelak tawa yg boleh membelitkan tali pusat, sebab masa tu la kitorang boleh tengok macam-macam spesies mak nyah, pondan, tomboy, pengkid, semua ada la. Dengan lelakinya yg pakai tudung, baju kurung, rambut palsu nyerr. Perempuan pulak dengan kemeja, topi, songkok, kot la. Macam-macam. Lepas tu, mulalah masing-masing tukar suara, menyerlahkan bakat berteater. Lawak giler wa cakap lu.


Bila dah make up trans gender, kitorang kena teruskan make up 'orang tua'. Start daripada umur 40an sampai 60an. Memang cabaran nak make up tua ni. Bukan senang nak lukis kedut-kedut, bagi nampak natural. Ambek masa jugak la. Dugaannya terasa.




Muka aku masa tua agaknya...=______="
Masih dalam proses pembelajaran...


Dari depan


Sisi kanan


Sisi kiri



Antara muka-muka gubahan yg dapat diambek gambarnya...



Trans gender, 40an..hensem sungguh kan..haha


Orang tua, 60an..(kami ni dah tua, uhuk uhuk)


Trans gender yg membawa rupa perompak bersiri pun ada..haha
(jangan mare...=_____=)


Ni pulak cik-cik abang yg dah bertukar rupa..hahaha

Itulah antara gambar yg sempat diambek oleh jurukamera kami, cewah. Asyik nak tergelak je tengok diorang ni. Papepon, kami masih mempunyai jantina yg asli. Semua yg berlaku hanyalah proses pembelajaran semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan sesi sindir-menyindir sedunia.


Urm, kalau nama asal, Rina,,
So, nama trans gendernya ialah, Abang Arry..haha

Ni Abang Arry nak pesan..

Belajar elok-elok dan jagalah diri anda baik-baik..


BERSIAP-SEDIA DENGAN PROGRAM MASA CUTI PULAK...^_______^



Saturday, September 22, 2012

Kegembiraan Yang Mengiringi

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian...^_____^

Syukur alhamdulillah. Akhirnya, selesai sudah pementasan teater untuk final exam bagi kelas Advance Acting yang dilakonkan oleh pelajar-pelajar teater semester 2. Tahniah kat kawan-kawan yang berjaya mempersembahkan lakonan teater mereka dengan jayanya.

Tahniah dan terima kasih jugak diucapkan kepada group Teater XPDC kerana berjaya menghidupkan setiap watak dalam teater ekspedisi yang berkonsepkan komedi ini dengan penuh kesungguhan.

Fuhhh! Lega sangat rasanya bila dah selesai berlakon. Ringan jugak beban yang ada ni. Buat pertama kali dalam hidup, aku rasa gembira sangat masa berlakon sebab respon yang penonton bagi masa dan lepas lakonan, sangat sangat sangat di luar jangkaan.

Mula-mula dulu, risau jugak la kitorang sebab takut tak berjaya nak bawa cerita yang berunsurkan komedi ni. Yela, bukan senang nak buat orang ketawa. Then, masa berlakon, kitorang mampu berserah dan berusaha untuk lakukan yang terbaik. Kalau lupa dialog pun, kitorang spontan je kat depan tu. Alhamdulillah, sepanjang teater XPDC berlangsung, studio riuh dengan gelak tawa penonton daripada mula sampai habis. Sampai aku pun terpaksa tahan gelak dan muka pun macam orang yang tengah meneran je. Hahaha ^_________^"

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bekerjasama dalam menjayakan Teater XPDC.

Watak-watak dalam teater XPDC...


Izat Ajistar sbg Kapten


Fahmi Harun sbg Tukang Kipas


Apis Sid sbg Sam


Rina Kifley sbg Odah


Atika Kasuma sbg Bunga

Zalikha Yuzaily sbg Zack



Kapten
     Seorang kapten yang lembut tetapi tegas. Walaubagaimanapun, dia tetap seorang yang cuai dan tidak peka terhadap ahli-ahli kumpulan yang menyertai ekspedisi. Kapten juga seorang yang keras kepala dan tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Tukang Kipas
     Manusia yang suka mengampu. Suka bodek dan sentiasa mengikut ke mana sahaja Kapten pergi. Kadang-kadang bersikap seperti lalang. Kelihatan seperti bodoh alang tetapi sebenarnya dia seorang yang bijak.

Sam
     Suka berlagak macho tak kira tempat. Diminati oleh Bunga yang hanya bertepuk sebelah tangan. Dia juga sudah lama menyimpan rasa tidak puas hati terhadap Kapten yang lembut dan akhirnya melepaskan geram dengan menumbuk Kapten sehingga pengsan.

Odah
     Seorang minah Jawa yang banyak cakap dan kecoh tetapi penakut. Kawan baik kepada Zack. Odah telah menimbulkan rasa tidak puas hati Bunga apabila dia terpeluk tangan Sam disebabkan rasa takutnya yang keterlaluan hanya disebabkan ranting jatuh.

Bunga
     Seseorang yang sangat mementingkan kecantikan tidak kira di mana jua walaupun di dalam hutan. Sangat meminati Sam dan sentiasa berusaha untuk merapatkan diri dengan Sam walaupun sedar dirinya hanya seperti menanti buah yang tidak akan gugur.

Zack
     Berpewatakan seperti tomboy tetapi hakikatnya dia masih seorang perempuan yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan. Berkawan rapat dengan Odah hingga ia menimbulkan spekulasi bahawa Zack mempunyai perasaan terhadap Odah.


Teater XPDC

     Mengisahkan sekumpulan pelajar yang sedang dalam persiapan pulang daripada menyertai ekspedisi.  Tidak lama kemudian, terdapat satu masalah besar yang menjadi persoalan pada perkembangan cerita ini. Seorang ahli hilang? Ke manakah orang itu? Kelalaian Kapten yang menjadi penyebab kepada masalah ini sehingga ia menyebabkan kemarahan setiap ahli kumpulan terutamanya Sam. Konflik-konflik yang timbul dalam kalangan ahli ekspedisi dan cara penyampaian persembahan oleh setiap watak menghidupkan lagi jalan ceritanya. Pelbagai adegan lucu yang akan membuatkan para penonton tidak kering gusi dan meriuhkan lagi suasana dengan gelak tawa apabila menonton teater ini. 


Selain itu, terima kasih jugak kepada seorang senior yang sudi membantu untuk menjaga audio dan lighting sepanjang teater ini berlangsung.

Aliff Yasraff Mazri


Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah iaitu Puan Amy, senior-senior, dan kawan-kawan yang banyak membantu dalam memberikan pendapat serta komen yang memberikan kami peluang dalam memperbaiki lagi mutu lakonan dan cara penceritaan.



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK


Monday, September 17, 2012

Ceritaku Minggu Ini

Salam...

Alhamdulillah, selesai sudah shooting MTV untuk assignment student skrin bagi lagu :

1. Syukur (Kau Yang Satu) - One Nation Emcees ......... Director - Shaamas Sha
2. Believe Me - Fort Minor ......... Director - Maira Anuar

Untuk lagu Syukur (Kau Yang Satu), kitorang shooting dekat sekitar swimming pool Resak, sebelah UiTM Puncak Perdana dari pukul 2.30 - 5.00 petang. Untuk lagu Believe Me pulak, kitorang menurut kata cik pengarah untuk shooting dekat sekitar kawasan Bukit Antarabangsa, KL dan mula bertolak dari sekitar pukul 8.30 pagi dan habis shooting dalam pukul 6.00 petang. Pada asalnya, lagu yang cik pengarah Maira pilih adalah lagu Where'd You Go by Fort Minor, tapi disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, at last cik pengarah pun pilih lagu Believe Me.



One Nation Emcees


Fort Minor

Okay, aku mengaku hari ni memang betul-betul penat. Bergerak untuk banyak location dalam masa satu hari. Pastu, sanggup tak makan dari pagi sebab shooting punya pasal. Di samping berdiet. So, dapatlah menurunkan sikit berat badan. Hahaha. Tunggu editing untuk tengok macam mana hasilnya nanti. (excited mak). >_________<


Ditambah pulak penat semalam yang belum hilang, sebab join larian kat UiTM Shah Alam untuk UiTM Tower Challenge 2012. Dengan tak dapat tidur sampai pagi, sebab excited punya pasal. Masa lari pulak, kitorang kena tempuh jalan yang berombak-ombak kat UiTM tu. Naik turun 2 menara. 13 tingkat dan 19 tingkat. Memang separuh mati je rasanya. Kaki pun dah umpama kaca yang retak, tunggu masa untuk berderai (ayat nak sastera jee...nyampah).





Lepas tu, bila balik kolej pulak, dengan tak mandi, ketiak bau puaka, dan muka separuh negro, aku dan Kaseh merajinkan diri membantu gotong-royong memasak untuk makan-makan masa malam semalam bagi program Recycle For Food. Bila habis membantu, tak payah cerita, memang katil, tilam, dan bantal, kitorang yang punya. Bermulalah kisah tidurku seperti orang yang macam tak pernah tidur seumur hidup. Krooh krooh krooh

Papepon, segala apa yang berlaku, segala apa yang aku lalui sepanjang minggu ni, sangat sangat sangat sangat sangat menyeronokkan! Enjoy! Hilang kejap segala masalah dalam otak dan tengkorak haku!



DAN...

Minggu yang last sebelum study week ni, aku kena gagahkan diri untuk kebizian demi kebizian, dan kepenatan demi kepenatan. Hal ini kerana pada hari Rabu, ada FiTA Fiesta http://www.facebook.com/events/478121438872766/ kat UiTM Puncak Perdana yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Hari Khamis pulak, kitorang kena get ready for final exam bagi subjek Advance Acting yang sememangnya exam untuk lakonan. Isnin depan pulak, exam ala-ala teater muzikal untuk subjek Basic Vokal. So, suara mesti kena jaga ya cik adik. Oleh yang demikian, doakan kejayaanku dan kawan-kawan teater ye.



^______________________________^



BERSEDIA UNTUK CABARAN YANG MENDATANG