Amylea - Sindarela

Wednesday, April 09, 2014

Berakhirnya Diploma Seni Lakon (Teater)

Assalamualaikum,

Hurm, dah berkurun tak update blog ni rupanya. Boleh letak dalam muzium kategori Blog Pusaka anjuran Rina Kifley dah ni. So, sebelum semua tu jadi, aku buka balik pintu cerita pada hari yang aku rasa bersejarah ni. Rasanya la.

Syukur, tamat sudah pengajian sebagai pelajar diploma dalam program Seni Lakon (Teater) di Fakulti Filem, Teater, dan Animasi, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam. Terlalu banyak suka duka sepanjang menempuh hidup sebagai seorang pelajar teater. Daripada kosong, alhamdulillah sekurang-kurangnya ilmu yang diberi oleh lecturersss sangat membantu aku untuk capai cita-cita. In shaa Allah. TERIMA KASIH CIKGU!


Semester 1
- Zaman budak hingusan masuk dunia baru.
- Start belajar berlakon daripada exam monolog.
- Berlakon spastik (cacat) sepanjang jalan, berenang dalam lecak air yang kotor, cium pokok, letak kon oren yang              besar atas kepala, tergolek atas jalan, kena sergah, dan macam-macam aktiviti yang tidak menyenangkan daripada        para senior. Pengalaman, okay!


Memori Semester 1



Semester 2
- Subjek Advance Acting, bawa watak psiko dan Rina Kifley as Mad Hatter (Alice in Wonderland).
- Make up exam. TRANS GENDER! Waktu untuk bertukar. Lelaki jadi perempuan. Perempuan jadi lelaki. Apa lagi,          segala jenis nyah, pondan, tomboy, pengkid, terserlah!
- Dah habis tu, make up tua pulak. Time tu la nampak masing-masing bertukar jadi pak cik mak cik. Feeling feeling          veteran gitu.


Memori Semester 2



Semester 3
- Okay, menari! Belajar tarian tradisional bukan senang kalau takde pengalaman. Setiap minggu satu kelas kena bebel    dengan Madam Dida. Ada je yang tak kena. Belajar.
- Tertubuhnya kumpulan stomping De Wulan ketika subjek Creative Thinking.
- Kelas Encik Syed, kelas Anatomi dan Biomekanik. Bila dia berleter lagi best. Nampak chommelll. Kena jogging tiap        kali kelas paling tak boleh lupa. Musnah segala lemak manis dalam badan. Membazir!


Memori Semester 3



Semester 4
- Sem paling penat tahap tupai laut, Jawa Barat, Indonesia. *ada ke? -_-
- 5 subjek studio atau dari aspek sainsnya subjek praktikal.
- 3 kelas lakonan (Teater Klasik, Teater Eksperimental, Teater Kanak-kanak) dan 2 kelas pergerakan atau kata                  matematiknya, kelas menari (Gerak Kontemporari dan Pergerakan Kreatif).
- Sangat penat tapi alhamdulillah, hasil yang memuaskan dan rezeki, kitorang berpeluang perform Tarian Pergerakan    Kreatif dekat luar for charity, awal sem 5 di Kuala Lumpur untuk Tarian Akar, Tarian Burung Kakak Tua, dan Tarian    Rusa. Thank you Miss Dayang!


Memori Semester 4



Semester 5
- Final semester. Cepat masa berlalu. Time ni la acah-acah senior. Join MIDAS, kawan dengan adik-adik part 1. Kakak    senior, tauuu!
- Group stomping FiTA, De Wulan kembali aktif buat performance mula dekat Art Fest event anjuran student Mass          Comm, FiTA Fiesta, perform untuk Laman Ekspresi Seni di Puncak Perdana dan alhamdulillah, student teater part 5    juara bagi keseluruhan batch teater diploma, Famous Bazaar dan Lorong Seni dalam usaha promote tiket Diploma        Art Showcase bersama pelajar management.
- Sem ni jugak masa untuk final showcase bagi student teater yang diuruskan oleh pelajar management bagi 3 teater        iaitu Kampung Semarah Padi arahan Mazli Abd Rahman, Neo Peran (Umi Kalsom Ahmad), dan Hikayat Putera              Inderapura (Jumilah Tahir).


Memori Semester 5



Sepanjang aku hidup di bumi yang bertuah ni, aku boleh terima perkataan BERAKHIR. But honestly, perkataan berbaur PERPISAHAN paling susah aku nak terima untuk singgah sahur di gegendang telingaku yang penuh nilai kehijauan ini. Tapi, KENYATAAN itu tetap menang. No doubt!



Antara memori yang aku dah save dan lock dalam file Otak-otak Rina Kifley di dalam gajet Tengkorak Manusia Bertuah adalah :

-    Pahit manis bersama pelajar teater dalam group CT113 yang sentiasa buat kerja gila tak kira masa sampai kitorang jadi rapat macam adik-beradiksss.

-   Berlakon watak dengan dialek Jawa yang mula buat orang kenal siapa itu Rina Kifley. Thanks Fahmi Harun yang bagi aku watak sebagai Odah. Kawan rapat yang selalu sangat membantu insan lemah seperti diri ini.


-   Respon yang diberi oleh lecturers tentang tarian, pada orang yang takde pengalaman macam aku, alhamdulillah. Kelebihan yang mungkin turun daripada Zaharah Ahmad (omak den) yang diberi oleh Allah. Syukur, syukur.


-   Kawan datang, kawan pergi. Mungkin aku bukan yang terbaik but I tried to be one. Manusia mudah berubah. Dari situ dapat kenal orang and now, aku kenal siapa kawan yang sebenarnya berkawan dengan niat yang betul-betul ikhlas.


-   Diberi kepercayaan oleh kawan-kawan to be a leader dan koreograf Tarian Burung Kakak Tua is not as simple as I think. Thanks kawan-kawan sebab banyak membantu dan bagi kerjasama sepanjang kita memburung kakak tuakan tarian itu.


-   Perform Teater Kanak-kanak di sekolah rendah, Teater Klasik Oedipus di tangga, dan Teater Eksperimental Mak Yong di gelanggang badminton yang membuatkan kami pelajar teater, manusia terakhir yang balik selepas final exam masa semester 4. Dugaan betul!


-    MIDAS! Program yang berjaya menjalinkan ukhuwah sesama kami batch part 5 dari empat kos (Screen, Writing, Theatre, Management), juga antara senior dan junior.


-    Performances kumpulan stomping (De Wulan) yang banyaksss memberikan kenangan manis semanis kurma Yusuf Taiyoob.


-    Diploma Art Showcase yang membuatkan student teater dan management bertambah rapat. Thanks korang-korang yang menguruskan kami pelajar teater sepanjang minggu showcase especially for Stage Manager untuk group Neo Peran yang sangatlah penyabarnya melayan kedegilan aku. Thanks cik Sarah Amelia binti Abdul Aziz!


-   Teater Neo Peran. Sekali lagi, aku bawa watak minah Jawa sebagai Lady Jenin/Lady J. And again, bergandingan dengan Fahmi untuk kali yang kesembilan and it was the last. Terima kasih Fahmi kerana menjadi teman lakon yang sangat jujur dalam mengkritik. Banyak lagi yang aku perlu belajar dalam lakonan sebenarnya.


Antara momen yang akan sentiasa mekar di hati :

Midterm Exam Tarian Burung Kakak Tua

Kuala Lumpur 1M4U

Teater Kanak-kanak Semester 4

Latihan stomping sempena Laman Ekspresi Seni 

Lawatan Sambil Belajar ke Taman Botani Shah Alam

Stomping - De Wulan di FiTA Fiesta

Final Exam Tarian Burung Kakak Tua

Stomping - De Wulan di Art Fest

Persembahan Tarian Wau Bulan bagi subjek Warisan Kesenian Melayu

Stomping di Laman Ekspresi Seni 

Diploma Art Showcase (Teater Neo Peran)


Andainya diberi peluang, ingin aku jadikan memori yang telah kita lakarkan bersama menjadi sebuah potret berbentuk 3 DIMENSI agar aku bisa masuk ke dalam dunia itu dan menekan button yang tertulis perkataan REPLAY dengan harapan memori itu sentiasa berulang dan takkan pernah terhenti.





Wednesday, November 20, 2013

Tentang Rasa

Salam,

Satu lagi hari yang perlu kita lalui,
Membuatkan kita mengenangkan hari-hari yang telah dilalui,
Berfikir-fikir apa yang bakal dilalui pada hari yang akan kita lalui,
Yang sudah tercatat laluannya pada hari esok, lusa, sampai bila-bila.


Sesuatu yang dirasakan,
tidak semestinya sesuatu yang patut kita rasakan.

Rasa itu tidak seharusnya dipersalahkan,
Kerana mungkin kita yang salah mentafsirkan rasa itu.











Jangan meminta. Jangan mengejar. Jangan mencari. 
Biarkan rasa itu hadir sendiri.
Hiburkan ia dengan keikhlasan hati.
 Agar dua jiwa kekal abadi.





Friday, October 18, 2013

Bye Bye Semester 4


Salam,

Alhamdulillah, sekali lagi dengan jayanya aku dapat mengharungi semester yang semakin menguji tahap kesabaran aku. So far, semester 4 sangat ekstrem dan menggerunkan bagi student teater UiTM Puncak Perdana.

Jatuh bangun, perkara biasa bagi setiap orang. Tapi, kalau asyik jatuh je, penat jugak. Alang-alang dah jatuh tu, baring je terus. Esok baru fikir nak bangun ke tak.
*rasa macam pernah je praktikkan perkara-perkara sebegini. -_-

Okay, cuba bayangkan. Kawan-kawan lain, last paperrrr 2 Oktober. Lepas tu, dengan penuh rasa bangga, mereka menyanyikan lagu Balik Kampung tanpa sikit pun rasa simpati dengan budak teater yang last examnya, 7 Oktober. Apapun, tak boleh salahkan diorang kerana bersikap sedemikian rupa. Kita sebagai manusia, kena belajar untuk redhooo.



Antara subjek yang memberi kami lebih masa dan peluang untuk menyemai rasa cinta terhadap hostel dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya :


ASAS PENGARAHAN

Talent untuk subjek part 3 yang membawa aku, Aju, Sue, dan Syakir kembali ke pentas lakonan setelah lama tak berlakon. Amboi ayattt, tak nak retiss lagi?

Diarahkan oleh pengarah bersama iaitu Merza dan Sid.

Kalau diikutkan, dialog kitorang dalam lakonan dengan dialog asal dalam skrip, BERBEZA. Diulang, BERBEZA. Ulang lagi, BERBEZA.

Ditambah-tambahkan dialognya mengikut kreativiti Si Pengarah sehingga menjadi cerita komedi yang berjaya membuat orang ketawa daripada mula sampai habis. Tahniah buat pengarah muda kita.


VIDEO ASAS PENGARAHAN TEATER




PERGERAKAN KREATIF

Berdasarkan hasil temu bual bersama lecturer iaitu Puan Dayang, dia kata kitorang merupakan first batch yang buat pembelajaran di luar kelas. Lawatan sambil belajar ke Taman Botani Shah Alam.

Kat situ, kitorang kena observe setiap apa yang ada dan pilih satu benda untuk dijadikan rujukan bagi pergerakan dalam tarian. Antara yang dipilih adalah akar, creepers, semalu, serai, burung kakak tua, swan, dan rusa.

Bagi final exam, lecturer pilih tarian akar, burung kakak tua, dan rusa untuk ditarikan. Walaupun agak letih dengan latihan yang banyak, jiwa keseronokan masih terserlah.

VIDEO TARIAN PERGERAKAN KREATIF

Group Akar

 Group Burung Kakak Tua

Group Rusa



TEATER KANAK-KANAK

Aku sebenarnya kurang mengerti kriteria apa yang ada dalam diri aku sehingga menjadi calon yang terpilih untuk membawa karakter Ibu Ayam. Kadang-kadang aku bermonolog sendiri, "Muka aku macam ayam ke, ke macam mana ke?, atau mungkin aku bersifat keayaman?", tanya ayam kepada dirinya sendiri.

Macam-macam dugaan untuk kitorang teruskan teater ni. Lepas satu, satu lagi masalah datang. Lepas satu lagi datang, dua pulak datang. Lepas dua, tiga pulak. Memang muka kitorang ni seru masalah agaknya.

Apapun, semuanya berjaya dilaksanakan walaupun kurang sempurna, kitorang dah buat yang terbaik. Daripada pukul 6 pagi, kena berkumpul, pergi sekolah, settlekan set prop dan kostum, ada bengkel dengan budak-budak sekolah, main theatre games, huhahuha sana sini, memang perkara yang sangat memenatkan.

Teater kanak-kanak berkali ganda penatnya dan salah satu faktor, kena berinteraksi dengan budak-budak yang sangatlah peramahnya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sanggup datang sekolah untuk tengok kitorang perform. TERHARU. Diulang, TERHARU.


VIDEO TEATER KANAK-KANAK




TEATER KLASIK

Kelas ni santai. Tak sesak kepala otak. Cuma, belajar pasal tokoh-tokoh dan sejarah membuatkan otak aku bergelumang dengan keserabutan. Oh sejarah, engkau mempunyai fakta yang menarik. Akan tetapi, aku tak pernah tertarik untuk mencintai kau. Fahamilah. -_-

Satu benda yang aku suka dalam teater ni, aku jadi seorang yang serius dan dapat berdialog dalam bahasa baku. Terasa macam diri berada dalam zaman kegemilangan Saloma. Acah-acah I'm Legend gituu.


GROUP A







GROUP B











TEATER EKSPERIMENTAL

Masa mula kelas ni dulu, kitorang kena buat warm up selama dalam lebih kurang satu jam sebelum belajar. Bayang eh, kelas 3 jam, 1 jam daripada tu, untuk warm up je. Warm up yang diajar pulak bukan macam biasa kita buat. Kalau nak rasa sakit-sakit tulang belakang, siku, kepala lutut bagai, jemputlah ke kelas kami. Latihan ketahanan fizikal katanya. Ketahanan. Memang boleh tahanlah.

Bestnya eksperimental ni, teater yang menolak realism. So, buatlah apa pun, orang tak kata salah sebab setiap apa yang dibuat adalah eksperimental. Yakin boleh!

And for the final exam, lahirlah teater eksperimental Mak Yong yang dieksperimenkan di gelanggang badminton.

VIDEO TEATER EKSPERIMENTAL MAK YONG

Selesai sudah final exam Teater Eksperimental



GERAK KONTEMPORARI

Kelas ni tak semudah yang disangka rupanya. Banyak benda kena belajar. TEORI dan PRAKTIKAL. Sambil berteori, sambil berpraktikal. Menari sambil menghafal.

Tapi, dalam banyak-banyak subjek, aku paling enjoy dalam kelas ni. Sebab, aku suka menari. So, bila aku menari, hentamlah step betul atau salah pun, janji dapat release tension. Lompat sana, guling sini, rasa macam terbang di awangan pulak. Hilang sekejap segala masalah. Puhh semangat kot, semangat semangat.

Kat bawah ni gambar masa latihan dan lepas exam. Penat macam mana pun, muka tetap ceria. Itu yang penting. Hidup ceria lebih bermakna.

Masa latihan dalam kelas


Lepas habis Final Exam






BANYAK PERKARA YANG BERLAKU SEPANJANG SEMESTER 4. SEMOGA SEMESTER HADAPAN MEMBERI LEBIH BANYAK MAKNA BUAT AKU AGAR IA DAPAT DIKENANG SAMPAI BILA-BILA.




Saturday, April 13, 2013

Semester 3 Melabuhkan Tirai



Salam,

Alhamdulillah, sem 3 dah pun berlalu. Finally, aku berjaya harungi banyak rintangan yang hampir buat aku jatuh di pertengahan. Terima kasih yang tak terhingga dekat kawan-kawan yang banyak bagi sokongan, yang sentiasa ada dengan aku tak kira aku jatuh, bangun, terlentang, tergolek, terhantuk, dan sebagainya.


Sem 3

Macam-macam perasaan yang tak terhingga dapat aku rasa.
-gembira
-sedih
-kecewa
-bangga
-excited
-terkilan


Dan yang paling tak boleh belah adalah bila aku rasa :

NERVOUS --> especially bila nak buat performance.

Oh nervous, engkaulah masalah aku yang terbesar dalam dunia. Sebab kau, aku jadi orang tak betul. Betapa hebatnya kekejaman kau. Aku tak mampu untuk menentang. Alangkah lembiknya aku.


- Terima kasih dekat audiens yang datang masa budak-budak teater perform.
- Kami sangat-sangat menghargai sokongan anda.
- Terutamanya dekat kawan-kawan yang sanggup luangkan masa tengok persembahan kitorang yang takde hebat mana pun.
- Pasal engkau kawan, nervous aku kurang. Nyah kau nervous!
- Oh kawan, kalaulah korang tahu, koranglah kekuatan aku sebenarnya.



4 daripada 9 subjek yang paling mencabar sem ni :

     1)     Asas Anatomi dan Biomekanik

Encik Syed Mustapha


Kelas ni sangat memenatkan sebab hampir setiap minggu kitorang ada jogging sebagai salah satu daripada latihan fizikal sebelum menari. Bila masuk kelas, lepas habis stretching segala bagai, kitorang start berlatih menari dengan lagu yang dikoreograf oleh lecturer kitorang sendiri iaitu Encik Syed. Kelas ni sangat happening, aku rasa happy sangat bila masuk kelas ni sampai terlupa segala masalah yang membebankan.


Mid Term Exam

Kitorang kena menari secara berkumpulan. Group A dan B.

Group A - Lagu ‘Mana Dia’ daripada teater ‘The Secret Life of NORA’.













Group B – Lagu Opera dan Diva Dance.











Final Exam

Persembahan Solo
-Koreograf lagu yang dipilih oleh Encik Syed.

Antara lagu yang dikoreograf :

Ashraf Rodzi (My Immortal - Evanescence)


Fahmi Harun (Perjalanan - Ramli Sarip)


Faez Mansur (Dealova - Once)


Farul Rafiq (Mentera Semerah Padi - M.Nasir)


Hanis Syazrina (Patah Seribu - Shila Amzah)


Fitry Ranial (Jai Ho - Pussycat Dolls)


Ika Sofea (Elegi Sepi - Azharina)


Izat Ajistar (Warisan - Sudirman)


Raja Mohd Fiqri (Single Ladies - Beyonce)

Rina Kifley (Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar)


Melania Dumis (Jahat - Stacy)




2)     Tarian Tradisional

Madam Dida Mallik



Kelas ni pulak, kitorang belajar pasal tarian tradisional. Masa ni la aku kena melenggokkan tangan selenggok-lenggoknya. Wah! Bukan senang nak tengok aku jadi perempuan Melayu terakhir ni.

Mid Term Exam
Kitorang dapat assignment pasal Tarian Dabus dan Tarian 1 Malaysia. Then, kena create step untuk Tarian Dabus berdasarkan Tarian Dabus yang sebenar dan koreograf Tarian 1 Malaysia. Semua ni performance secara berkumpulan.




Final Exam
Menari secara berpasangan dalam 1 kumpulan. Diajar stepnya oleh lecturer sendiri iaitu Madam Dida. 2 tarian Inang iaitu Inang Istana dan Inang Kelantan. Pasangan aku dalam kedua-dua tarian ni ialah Amirul, Sid, dan Fahmi.


Ashraf Rodzi


Apis Sid


Fahmi Harun




     3)      Asas Pengarahan


Sir Mazlan Tahir


Di bawah pimpinan Sir Mazlan, kitorang belajar asas-asas untuk menjadi seorang pengarah teater. Memang bukan senang sebenarnya untuk jadi seorang pengarah. Banyak benda kena fikir, kena kaji, kena kreatif, kena peka, dan sebagainya. Fuh! Memang menuntut kesabaran walaupun baru asas.

Final Exam
Melalui skrip 1400 karya Noordin Hassan, secara berkumpulan, kitorang sebagai pengarah bersama harus mengarah sebuah cerita yang dilakonkan oleh budak teater part 2.
Terima kasih dekat talent kitorang yang berusaha memberikan persembahan yang terbaik masa final exam ni. Kitorang dinilai daripada aspek pengarahan dan diorang pulak dinilai daripada aspek lakonan.

Talent untuk group 1400



Lilis


Neo


Zifa

Budak part 2, tidak dinafikan most of them memang pandai berlakon. Wah! Aku puji ni. Ada group yang berjaya bawak cerita genre komedi dan terima kasih kat korang sebab buat aku ketawa tak ingat dunia daripada mula sampai habis. Oh! Terbelit-belit otak aku.




     4)      Pemikiran Kreatif dan Kritis


Encik Azhari Zain

Kelas ni menggabungkan semua course dekat FiTA macam skrin, writing, teater, dan management. Kelas ni mengajar kita untuk mencari idea untuk menyelesaikan sesuatu perkara secara kreatif, menuntut kita untuk berfikir secara kreatif dan kritis, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ketika mencari kaedah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dipimpin oleh Bro Zack dan Abang Lan.
Final Exam
Dalam kumpulan seramai lebih 20 orang, kitorang kena buat 1 persembahan yang boleh dikatakan WOW masa final showcase. Diketuai oleh Raja Mohd Fiqri dengan nama group sebagai The Wulan, kitorang setuju untuk mengadakan persembahan stomping dengan menggunakan barang-barang kitar semula seperti bekas cat, tin minuman, tong air, botol kaca, tong sampah, dan kayu untuk dijadikan alat muzik.

The Wulan (Stomping)


Masa sem 3 ni banyak sangat masalah peribadi yang mengganggu. Aku tak cukup kuat untuk hadapi semua ni. Tapi, dengan adanya banyak assignment, banyak kelas, banyak performance, segala masalah tu lenyap, lenyap, dan lenyap. Sebenarnya aku lupa, aku ada kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku dan tanpa aku sedar, aku senyum sebab diorang. Aku ketawa, sebab diorang. Dioranglah yang melenyapkan masalah tu sebenarnya.
Sepanjang aku belajar dari sekolah tadika sampai masuk U, kehidupan sekarang ni yang membuatkan aku rasa sangat-sangat bahagia. Sebab aku belajar sesuatu yang aku minat daripada kecik, aku belajar dalam kelas teater yang sangat happening dan sengal walaupun kadang-kadang ada jugak gaduh macam budak-budak, dan yang paling penting, aku ada kawan-kawan yang gila tak kira lelaki ke, perempuan ke, semuanya sama. Termasuk aku. Aku gembira. Aku ikhlas.


KENANGAN INDAH BARU SAJA BERLALU. TAPI AKANKU PASTIKAN KAU AKAN SENTIASA SINGGAH DALAM MEMORI KEHIDUPAN AKU TAK KIRA WALAU JAUH MANA PUN KAU PERGI.